Baru-baru ini polar pencarian produk organik dan barangan berunsurkan organik dilihat semakin meningkat. Makanan organik ditanam tanpa penggunaan bahan berunsur kimia, baja atau racun serangga yang di olah oleh manusia dan paling utama sumber makanan organik haruslah bebas dari unsur organisma yang telah diubah suai secara genetik atau lebih dikenali sebagai Genetically Modified 0rganisms (GMO’s).
Jika anda berkunjung ke pasaraya, bahagian produk organik kini lebih mudah dijumpai berbanding 5 atau 6 tahun yang lalu. Ini membuktikan orang ramai telah mula menukar dan memilih produk organik setelah mendapat lebih pendedahan berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan alam sekitar apabila menggunakan produk organik
Baja organik diguanakan secara meluas dalam bidang pertanian, kebanyakan baja organik terhasil dari formulasi tinja haiwan, sisa rumah, sisa tumbuhan dan hasil sampingan pertanian. Mari kita lihat kebaikan dan kekurangan penggunaan baja organik pada taman anda.
Baja organik membantu membaiki tekstur dan sifat pengudaraan dalam tanah. Kedua dua sifat ini bakal merangsang pertumbuh akar tanaman dengan baik. Struktur tanah yang baik juga akan meningkatkan keupayaan tanah untuk memegang air, memulihkankan nilai pH pada tanah yang berasid, mengurangkan kemampatan tanah, melindungi permukaan tanah, mengurangkan kadar hakisan tanah dan memberikan suhu tanah yang terbaik. Akhir sekali, baja organik yang bekualiti mampu mengurangkan perosak pembawaan tanah dan unsur toksik yang terdapat dalam tanah.
Baja organik kaya dengan kandungan bahan organik dan mikroorganisma tanah. Mikroorganisma tanah memainkan peranan penting dalam penguraian bahan organik. Selepas proses penguraian terjadi ia akan diteruskan dengan proses mineralisasi dan pergerakan nutrient NPK sekaligus menghalang larut lesap nutrient pada tanah.
Mikroorganisma tanah adalah yang pertama akan bertindak balas pada transformasi nitrogen dan karbon dalam tanah. Proses transformasi ini berlangsung apabila mikroorganisma memegang bahan yang menahan zarah tanah dari pecah. Mikroorganisma juga membantu menguraikan unsur organik kompleks kepada satu unsur baru yang lebih mudah untuk diserap oleh tanaman. Semakin banyak mikroorganisma dalam tanah, semakin mudah proses penguraian nutrient yang penting bagi tumbuhan.
Penggunaan baja organik adalah selamat bukan sahaja pada manusia, alam sekitar malahan ia juga selamat kepada haiwan, tanah dan sumber air. Sejurus saja dituai, buah-buahan dan sayuran organik adalah selamat untuk dimakan terus. Selain itu, baja organik membantu mengekalkan tanah pertanian dengan cara mengurangkan keasidan tanah dan eutrofikasi yang kerap berlaku pada sungai dan sumber air akibat daripada aktiviti pertanian. Eutrofikasi adalah keadaan dimana peningkatan secara mendadak kandungan kimia di dalam sungai, tasik atau kawasan takungan air akibat daripada larian air hujan yang mengandungi nutrient daripada baja dan sisa pertanian.
Penggunaan baja organik bakal meningkatkan jangka hayat tumbuhan kerana elemen organik tidak memberikan tekanan berpanjangan pada tumbuhan anda. Apabila tanaman anda subur, maka produktivitinya juga akan turut meningkat. Jangka hayat tumbuhan yang panjang membawa erti kepada lebih banyak hasil tanaman yang bakal dituai dan dinikmati.
Memilih baja organik bakal merubah gaya hidup anda kearah yang lebih sihat. Menikmati hasil tanaman yang diusahakan sendiri pastinya akan memberi lebih kepuasan dan akan berasa lebih selamat apabila menggunakan baja organik. Selain memberi impak kepada kesihatan, penggunaan baja organik di dalam pertanian akan memupuk usaha menyelamatkan alam sekitar dan keseimbangan ekologi kehidupan.
Kesimpulannya, baja organik mempunyai banyak kebaikan dan memberi manfaat kepada planet yang kita diami ini. Penggunaan baja organik dalam kehidupan seharian adalah satu langkah yang amat baik dalam mengekalkan kesuburan tanah sekaligus membaik pulih struktur tanah bagi menyokong pertumbuhan flora, meningkatkan produktiviti tanaman dan menangkis serangan perosak. Marilah kita bersama sama membuat satu perubahan baru dengan memilih baja jenis organik dan mengurangkan penggunaan baja kimia mahupun racun serangga kimia. Penguraian baja organik memerlukan sedikit masa, ia adalah satu langkah mampan dalam menguruskan kesuburan tanaman dalam jangka masa yang panjang.
Jika anda sedang mencari baja terbaik untuk tanaman anda, sila lawati Serbajadi Grow Joy Shop!
Jika anda mencari video produk & berkebun, layari Serbajadi Grow Joy TV!